#DubaiSSF2017 : Perlawanan separuh akhir Kejohanan 'World Superseries Finals 2017' berlangsung dengan begitu sengit sekali. Tumpuan jutaan rakyat Malaysia sudah pasti tertumpu kepada Datuk Wira Lee Chong Wei yang menjadi wakil tunggal negara yang masih bertahan saat ini.
Pada perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki yang baru sahaja tamat sebentar tadi, menyaksikan Datuk Wira Lee Chong Wei berhasil melunaskan 'dendam' ke atas wakil Korea Selatan, Son Wan Ho dengan kemenagan (21-17, 21-11) dalam masa 49 minit.
Dalam perlawanan separuh akhir yang pertama, Viktor Axelsen yang mewakili Denmark terlebih dahulu menempah tiket ke final, setelah menundukkan pemain dari China, Shi Yuqi dengan skor (21-12, 21-8) dalam masa 41 minit.
Berdasarkan ranking dunia yang dikeluarkan oleh 'Badminton World Federation' (BWF), Viktor Axelsen merupakan pemain nombor satu dunia buat masa ini, manakala DLCW berada di urutan kedua.
DLCW dan Viktor akan bertemu dalam perlawanan akhir, esok. Ini merupakan pertemuan kedua belas mereka, dan kali terakhir mereka bertarung adalah di Kejohanan Superseries Terbuka Jepun 2017. Di kejohanan berkenaan, DLCW tumpas di tangan Viktor dengan skor (14-21, 21-19, 14-21). Semoga perlawanan pada kali ini akan berpihak kepada DLCW. Semoga berjaya !
Comments
Post a Comment