Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung hari ini, menyaksikan Kian Meng-Pei Jing ditumbangkan oleh pasangan suami isteri, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dari England, dengan keputusan (13-21, 16-21) dalam masa 36 minit.
Hasil daripada perlawanan tersebut adalah kekalahan ketiga mereka dalam kumpulan B, dan berakhirlah sudah perjuangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di Kejohanan 'World Superseries Finals 2017'.
Sebelum ini, mereka tumpas (11-21, 12-21) kepada pasangan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping, serta kalah (17-21, 19-21) kepada wakil Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam dua perlawanan awal dalam kumpulan B.
Walau bagaimanapun, ucapan tahniah sewajarnya diberikan kepada mereka kerana sekurang-kurangnya mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan beregu terbaik dalam ranking superseries, sekali gus terpilih untuk beraksi di kejohanan ini. Semoga mereka akan bangkit dengan semangat yang baru menjelang saingan tahun 2018. #MalaysiaBoleh
Photo © : Badmintonthaitoday.com & Badminton Photo
Comments
Post a Comment