#DubaiSSF2017 : Saingan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan permainan yang begitu bermutu dari setiap pemain bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan 'World Superseries Finals 2017'. Datuk Wira Lee Chong Wei (DLCW) tidak ketinggalan untuk memberikan saingan yang kuat kepada pemain-pemain yang lebih muda darinya. Sebentar tadi, DLCW berdepan saingan dan cabaran yang besar dari pemain kelahiran Korea Selatan, Son Wan Ho.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan tidak berpihak kepada DLCW, di mana beliau terpaksa akur dengan kebangkitan yang dipamerkan oleh pemain Korea Selatan tersebut. DLCW tumpas dengan skor (21-13, 20-22, 15-21) dalam masa 75 minit.
Saingan dalam kumpulan ini kelihatan sengit kerana ketiga-tiga pemain meraih satu kemenangan dan satu kekalahan. Namun, perbezaan set yang dimenangi yang menjadi penentu juara dan naib juara kumpulan. DLCW (Malaysia) berjaya memenangi 3 set dan kalah 2 set (3 - 2 = +1). Son Wan Ho (Korea Selatan) pula meraih 3 set dan tumpas 3 set (3 - 3 = 0). Manakala Angus Ng Ka Long (Hong Kong) memperoleh 2 set dan tewas 3 set (2 - 3 = -1). Jadi, DLCW muncul sebagai juara kumpulan A, dan Son Wan Ho akan mengiringi DLCW ke peringkat seterusnya selaku naib juara kumpulan. Tahniah kepada kedua-dua pemain !
Photo © : Badmintonthaitoday.com & Tournamentsoftware.com
Comments
Post a Comment