CHAN PENG SOON-GOH LIU YING JUARAI THAILAND MASTERS 2018



Selepas lapan bulan terpisah, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktikan gandingan mereka masih berbisa apabila merangkul kejuaraan beregu campuran kejohanan Thailand Masters di Bangkok.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras lebih sejam sebelum menang 21-15, 14-21, 21-16 ke atas pasangan tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Dechapol Puavaranukroh-Puttita Supajirakul.

Ini adalah kemenangan pertama buat beregu negara itu selepas kali terakhir muncul juara Terbuka New Zealand 2016, malah ini kali pertama mereka beraksi sejak Liu Ying pulih daripada menjalani pembedahan bahu Mei lalu.




"Pada set ketiga, mereka berada di depan dan kami terpaksa tukar strategi dan ia ternyata berhasil. Dari situ, kami berjaya kutip mata demi mata memandangkan mereka berada dalam keadaan tertekan hasil serangan yang kami lakukan. Pada kejohanan ini, persefahaman saya dan Liu Ying mula meningkat. Saya harap keserasian ini akan bertambah baik pada kejohanan-kejohanan yang akan datang," kata Peng Soon.

"Terima kasih kepada semua sokongan anda dan saya harap anda terus memberikan sokongan kepada kami. Kami akan terus memberikan yang terbaik biarpun saya sedar kadangkala kami tidak sempurna. Kemenangan ini untuk anda semua, terima kasih dan kamu akan melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang," ucap Peng Soon lagi.



Berikut adalah beberapa aksi menarik mereka pada perlawanan akhir tersebut :




Selepas ini, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan meneruskan perjuangan di Kejohanan Malaysia Masters 2018, bermula 16 hingga 21 Januari 2018.

Comments