Skuad wanita negara bakal turun menentang pasukan Thailand pada hari ini bagi penentuan juara dan naib juara kumpulan Y. Ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Tey Seu Bock sudah mencongak strategi untuk menumpaskan negara jiran tersebut. Di atas kertas, Malaysia sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand.
Walau bagaimanapun, Seu Bock berpendapat peluang untuk Malaysia muncul juara kumpulan tetap ada. Beliau yakin dengan kemampuan skuad wanita sedia ada, dan menegaskan kepada pemain-pemain supaya main bermati-matian bagi merealisasikan impian tersebut.
Jelasnya, setakat dua perlawanan menentang Vietnam dan Filipina sebelum ini, semuanya dalam keadaan baik walaupun berdepan dengan pemain lawan yang tidak terlalu kuat.
"Saya melihat dari sudut taktikal dan kemahuan mereka, setakat ini semuanya dalam keadaan baik. Hari ini memang kita akan menentang lawan yang lebih kuat tapi saya tetap rasa peluang kita 50-50".
"Hari ini lawan kami bukan calang-calang tapi saya akan memberi nasihat kepada pemain-pemain supaya beraksi sehingga titisan darah terakhir. Tekanan bukan kepada Malaysia tetapi Thailand kerana di atas kertas mereka adalah pasukan pilihan," kata Seu Bock.
Pada dasarnya, Malaysia sudahpun layak ke peringkat suku akhir. Namun, skuad negara amat memerlukan kemenagan pada perlawanan hari ini bagi mengelakkan diri daripada bertemu pasukan pilihan di suku akhir.
Sementara itu, skuad negara terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan wanita negara, Woon Khe Wei kerana mengalami kecederaan ketika aksi menentang Vietnam pada perlawanan pertama. Kecederaan tersebut telah menyebabkan Woon Khe Wei terpaksa direhatkan bagi mengelakkan kecederaan tersebut menjadi lebih serius.
Senarai skuad negara yang akan diturunkan hari ini adalah :
Comments
Post a Comment