KEJOHANAN KEBANGSAAN 2018




Perseorangan wanita terlebih dahulu turun ke gelanggang yang menyaksikan pertembungan antara Soniia Cheah dengan Kisona Selvaduray bagi merebut gelaran juara kebangsaan. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 21-14, 21-19 berpihak kepada Soniia.




Saingan beregu campuran tidak kurang menariknya di mana dua pasangan terbaik negara berentap di perlawanan akhir. Pasangan pilihan kedua kejohanan, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berjaya menumbangkan pilihan pertama, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan skor 21-17, 21-17 untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi oleh mereka pada tahun lalu.




Gelaran beregu wanita pula menjadi milik Goh Yea Ching-Soog Fie Cho setelah berhempas pulas selama 55 minit untuk menumpaskan Chow Mei Kuan-Yap Cheng Wen dengan keputusan 21-19, 24-22.




Bagi perlawanan beregu lelaki cukup menarik dengan permainan yang mantap daripada kedua-dua pasangan. Mantan beregu nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 21-17, 19-21, 21-15 ke atas Mohd Arif Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub.




Final bagi acara perseorangan lelaki pula menyaksikan Iskandar Zulkarnain dinobatkan sebagai juara kebangsaan buat kali kedua selepas menundukkan pemain muda yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia dengan skor 21-19, 21-16 dalam tempoh 31 minit.

Tahniah diucapkan kepada kesemua finalis, semoga mereka akan lebih konsisten dan berjaya menaiki podium dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Comments