Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa akur sekadar muncul naib juara kejohanan berstatus HSBC BWF World Tour Super 300 itu. Mereka tumpas di tangan pasangan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dengan skor (12-21, 21-23) dalam masa 46 minit.
Menurut Liu Ying, aksi final itu bukanlah persembahan terbaik mereka, malah pasangan lawan yang juga pilihan kelima kejohanan bermain dengan lebih cemerlang.
Sementara itu, Chin Eei Hui yang bertindak sebagai jurulatih beregu campuran negara mengakui prestasi Peng Soon-Liu Ying semakin mantap meskipun terlepas peluang untuk meraih gelaran juara kedua mereka musim ini.
Menurutnya, aksi final tersebut boleh dikatakan kedua-dua anak buahnya itu gagal mempamerkan persembahan sebenar namun dari segi persefahaman ia boleh dipuji.
"Kedua-dua mereka mampu berada pada tahap fizikal terbaik terutamanya Liu Ying selepas dia menjalani pembedahan bahu tahun lalu," jelas Eei Hui.
"Kombinasi mereka juga semakin memberangsangkan dari semasa ke semasa walaupun ia bukan pada tahap terbaik mereka seperti sebelum ini," tambahnya.
Comments
Post a Comment